dMuvii Channel

dMuvii

TALENT

ANDA MINAT BERLAKON? ATAU INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN DI ANTARA RM30-RM150 untuk satu projek yang memakan masa 3-5 jam?

Jika anda berminat, sila hantarkan BUTIRAN LENGKAP tentang diri anda seperti format di bawah:
  • Nama Penuh & Nama Samaran
  • Alamat untuk dihubungi
  • Email & No telefon
  • Umur semasa memohon
  • Pengalaman berkaitan lakonan. (DMUVII mengalu-alukan kepada talent ditahap amatur sahaja memandangkan bajet yang diperuntukkan adalah pada level amatur)
Anda mestilah bersetuju dengan syarat dan terma DMUVII seperti di bawah sebelum menghantar permohonan kepada kami, seperti berikut:
  • Memahami serba sedikit asas lakonan (menghayati watak, tona vokal yang jelas dan berkebolehan memaksimakan watak yang diberi).
  • Boleh menghadiri casting (ujibakat) di tempat umum, (cthnya di taman awam/kedai mamak atau tempat terbuka lain).
  • Pakej (berperwatakan menarik/kurang menarik/sangat kurus/sangat gemuk) tidak diambil kira sangat. Ini kerana setiap projek yang dibuat mementingkan lakonan yang berkesan dan tidak bersandarkan kepada kecantikan/kehenseman semata-mata.
  • Tidak banyak songeh (demand) apabila diarahkan untuk berlakon. Ini kerana talent akan bersama-sama pelajar dalam sesi tersebut dan kemungkinan memerlukan masa yang panjang dan kemungkinan akan melakonkan wataknya berkali-kali.
  • MENEPATI MASA. Mesti berada di tempat dan masa yang telah diberitahu tepat pada masanya. Komitmen anda menjamin untuk terlibat dengan projek seterusnya.
  • Bayaran secara tunai akan dibuat setelah semua kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya.
Jika anda bersetuju dan memahami syarat dan terma di atas, sila isikan butiran anda menggunakan borang di bawah ini. Sila tuliskan "BERMINAT MENYERTAI TALENT" pada ruangan subjek. Semua ruangan bertanda (*) adalah wajib diisi.