dMuvii Channel

dMuvii

Wednesday, July 6, 2011

Video-Klip D.I.Y

(Video-klip: Jihan - Lagu Tun Fatimah versi acuastic)

Okey, Kali ni saya suka nak berkongsi bagaimana ingin menghasilkan video-klip (tak kiralah... harijadi anak ke, nak tunjukkan bakat anak ke, atau travel-video anda melancong-ke mana-mana).

Ada beberapa perkara asas yang perlu anda pastikan. Ianya boleh dibayang terlebih dahulu sebelum kejadian, atau ianya boleh diolah selepas rakaman dibuat. Antaranya ialah:

  1. Membuat perancangan berkaitan acara/event/perkara tersebut.
    • Contohnya seperti video-klip anak saya, Nurjihan ini. Sebelum membuat rakaman, saya telah membayangkan beberapa perkara iaitu shot, props, background dan angle yang nak dirakam.
    • Shot - Saya nak video anak saya ni macam video-klip Ana Raffali semasa menyanyi lagu Hujan di Kuala Lumpur. Jadi saya akan lihat bagaimana video-klip tersebut. Apakah baju yang dipakai oleh Ana Raffali, dia berada indoor atau outdoor, apa props yang digunakan, pencahayaan, dan teknik angle yang digunakan.
    • Props - Oleh kerana kanak-kanak mempunyai mood yang sekejap je bila disuruh buat sesuatu, so, saya ambil props yang mudah saja. Kerusi belajar dan sebuah gitar! Pakaian Jihan pun saya biarkan dia memakai pakaian biasa berwarna oren. Ini kerana ketika itu kedudukan matahari betul-betul 45 darjah menyirami car-porch rumah saya.
    • Background - Seperti cadangan saya sebelum ini, pastikan subjek kelihatan lebih menonjol dari latar belakang. Oleh itu, pastikan latar belakang bersih dari sebarang objek lain yang boleh mengganggu subjek utama.
    • Angle - Cuba anda kira, ada berapa angle yang saya gunakan sepanjang video-klip? Jawapannya ada 8 angle berlainan dan ada part yang saya ulang supaya visual sama panjang dengan audio.
    • Gunakan lens 50mm (1.8) untuk mendapatkan bokeh secara keseluruhan di bahagian latar belakang.
  2. Membuat suntingan seperti video-klip di televisyen.
    • Ada 2 kaedah biasa yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya visual (filem, filem pendek, persembahan multimedia, video-klip) iaitu SEQUENCE dan BERSELANG.
    • Sequence - Anda susun semua klip anda secara turutan. Makna katanya, klip pertama adalah rakaman pertama anda kemudian bersambung ke rakaman kedua sehinggalah rakaman terakhir.
    • Berselang - Anda mengambil klip yang dominan dahulu sebagai pembuka cerita. Kemudian barulah anda ambil bab pertama, kedua dan seterusnya. Juga boleh menjadikan bab pertama adalah kesimpulan kepada cerita dalam video-klip anda tadi.
    • Contohnya, saya mengambil klip di belakang-belakang (scene Jihan membetulkan tuning tali gitar) dan saya bawanya menjadi mukaddimah cerita. Secara logiknya, anda akan dipengaruhi dengan aksi Jihan membetulkan tuning dan anda faham bahawa Jihan akan memainkan gitar sebagai alat muziknya.
    • Untuk mencantikkan lagi kesinambungan video-klip ini, saya tambahkan elemen instrumen gitar acuastic sebenar dan digabungkan dengan nyanyian solo Jihan (tanpa bunyi petikan gitarnya). Kemudian saya tutup audio asal setiap klip dan biarkan vokal Jihan yang direkod berasingan beserta instrumen gitar saja yang kedengaran. Nah! Seolah-olah Jihan sedang bermain gitar dengan hebatnya kan!
    • Untuk susunan angle pula, saya selangkan 8 angle tadi mengikut tempo lagu dan nyanyian Jihan. Akhir sekali, saya letakkan Title (Tajuk lagu) di hadapan dan Credit (memaparkan nama saya sebagai pengarah dan penyunting) di akhir klip.
Nah! Siap sebuah video-klip yang ala-ala profesional. The Makingnya, saya hanya merakamkan video-klip ini di car porch pada waktu petang (mengambil masa 30 minit sahaja). Saya juga menggunakan hanya 1 kamera DSLR + lens 50mm (1.8) untuk rakaman. Untuk angle pula, saya meminta Jihan mengulang menyanyikan lagu tersebut sebanyak 8 kali dengan kedudukan angle kamera yang berlainan posisi. Satu lagi rahsia, saya menggunakan basikal Jihan untuk dijadikan dolly/slider bagi mendapatkan angle bergerak dari kiri ke kanan. Bolehlah... daripada takde kan!

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment